
oh hai.. macam kejap sgt 365 hari berlalu..
rasa nak menanges pon ade..eh?
perasaan yg lebih kurang mcm.. erm...
nak terberak sgt dah ni..
tapi baru nak bukak pintu toilet, ade sorg nenek tua mintak izin nak masuk dulu..
kita pon mcm.. err err.. taknak bagi tapi sian tgk kaki nenek dah terketar2 tahan kencing..
bagi je laa..
sedih x?
contoh lain mcm..
kita tgh tgk movie lawak yg menceritakan ttg lelaki macho ade sindrom suka melatah..
setiap scene pelakon macho tu melatah, kita gelaklah gila-gila kan..
lepas tu tiba2 ade sorg mamat dekat seat depan berdiri tiba2 jerit kuat2..
"jgnlah gelakkan dia! saya pon mcm tu jugak.. ai touching tau!"
mamat hensem seat depan lari laju2 keluar panggung sambil kesat2 air mata sbb tacing..
yg lain2 rasa bersalah terus senyap tanak gelak2 dah..
ok cukup sedih tak contoh2 di atas?
ok itu umpamanya yg aku rasa mcm takde kaitan pon sebenarnya.. haha..
yg aku nak sampaikan cuma..
365 hari itu sgt sekejap kalau kita gagal memanfaatkannya..
12 bulan lagilah terasa begitu singkat tempohnya..
serius. aku meleleh air mata masa detik 12 dilaungkan di malam tahun baru.
pertama- sebab aku dah semakin dekat dgn kematian.
kedua- sebab aku masih tak mampu memberikan yg terbaik utk kedua ibu bapa aku.
ketiga- sebab aku masih begini.
keempat- sebab aku masih tegar menyakiti hati2 org yg mengasihi aku.
kelima- sebab aku takut dgn kemungkinan2 yg bakal aku hadapi pada masa akan dtg.
dan.. apa pun yang aku fikir dan rasa..
detik tetap berlalu..
aku tahu.. walau bagaimana kecewanya aku terhadap kehidupan yg lalu,
aku perlu sentiasa ingat bahawa aku masih punya masa depan..
SELAMAT TAHUN BARU KALIAN.
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI HIDUP KITA SEMUA.
LOVE. LEESA. :)






1 cAreLess wHispErs~:
selamat tahun baru jugak..semoga lembaran baru ini lebih baik dari sebelumnya :D
Post a Comment