LeEsA updAtes....

sedang menaik taraf belog.

Thursday, January 26, 2012

PATH!

hi to everyone.

senyum. :)

senyum sampai ke telinga. (ok tatau nk buat icon cemmane.)


otak mcm shot sikit akhir2 ni. senang seronok, senang marah, senang geli. eh? haha


aku selalu fikir mcm mana nak capture every single thing yg kita lalui dlm hidup ni kalau jenis otak yg nyanyuk?


bkn nyanyuk sbb nyanyuk tu! ini jenis otak yg short term memory.

yg jenis ingat sekejap, org tanya lagi sejam terus blur..


"haa? ade ke? yg mana eh?"


pastu org pon meluat terus bo layan.


komfem lepas tu kena sebakul, " kau ni mmg dasar pelupa! byk makan semut ke?"


kes yg sama mcm hari ni kecik hati dgn si polan, pastu esok polan tegur kita, kita pon gelak2 mcm biasa. dlm hati si polan mesti mcm pelik,


"minah ni bukan kecik hati ke smlm? oh dah tak kisah kot.lega~"


walhal aku-ni-pelupa-la-bongok!
wah contoh nak lebat..mcm lah kau pelupa tahap dewa.

fine.


sebenarnya nk bgtau korg yg aku tiba2 addict dgn apps ni.





PATH


Apps ni aku tak sure utk fon jenis ape yg sesuai.


tapi yg comfirm, if korg pengguna iPhone, sila ke App Store utk download for free..


paling sesuai digunakan utk manusia jenis pelupa seperti aku..hehe


sbb app ni mcm facebook + foursquare + instagram yg digabungkan menjadi app yg best, just perfect n private sikit..


tapi kalau korg jenis kaki show off segala kat ribuan manusia, yg jenis suka up bila beli brg hot2 n branded, suka up bila brg korg lagi best dari org lain lepas tu bila org lain gebang brg dia plg hebat, kau rasa annoyed n dan2 tu pegi cari brg lagi hot n dan2 tu jugak up bgtau semua org brg kau paling best dlm donia tade yg lg best n kalo yg lg best tu komfirm tak ori blablablahhh!


ade aku kisah? kau nk ceramah kau paling bagus pon ade aku kisah?


so kalau kau jenis yg tade nak kisah hal org, dan yg suka hide2 org yg annoying, n suka buat hal sendiri utk ingatan sendiri tanpa niat sikit pon nak show off kat org lain,


nah sila add app ini..


buat hal kau sendiri utk simpanan peribadi. sbb apa yg kau lalui hari ni mungkin kau akan simply terrrlupa..


sbb apa yg kau buat hari ni mungkin sesuatu yg perlu kau kenangkan kembali bila masa kau sudah tua nanti..


siapa yg malas tulis diary, malas tulis belog mcm saya, malas itu ini,


nah2.. study di sini..


selamat ber-Path! ;p


Sunday, January 8, 2012

Entah.

Entah..

Bulan tidak pernah faham.
Bintang juga hanya duduk diam.

Jatuhnya cahaya sang matahari pada gelap yg nyata.
Lalu malam tersergam indah bersama langit nan cerah.

Sedangkan matahari terbakar utk serata alam menikmati suluhan benderangnya.

Tapi kau tidak faham.
Malah aku juga.


Kita hanya seronok suka-suka.
Dan menangis bila rasa terluka.

Tapi sakitnya yg di dalam kita tidak faham.

Entah apa-apa yang kita sibuk kelamkan.
Suram dan hanyut tenggelam.


Kita tidak faham.
Tidak pernah faham.
Entah. Kita mungkin tidak akan faham.
Bahawa lama-lama cahaya matahari juga akan suram.

Wednesday, January 4, 2012

TAHUN. BARU.


oh hai.. macam kejap sgt 365 hari berlalu..
rasa nak menanges pon ade..eh?


perasaan yg lebih kurang mcm.. erm...
nak terberak sgt dah ni..
tapi baru nak bukak pintu toilet, ade sorg nenek tua mintak izin nak masuk dulu..
kita pon mcm.. err err.. taknak bagi tapi sian tgk kaki nenek dah terketar2 tahan kencing..
bagi je laa..

sedih x?


contoh lain mcm..


kita tgh tgk movie lawak yg menceritakan ttg lelaki macho ade sindrom suka melatah..
setiap scene pelakon macho tu melatah, kita gelaklah gila-gila kan..



lepas tu tiba2 ade sorg mamat dekat seat depan berdiri tiba2 jerit kuat2..
"jgnlah gelakkan dia! saya pon mcm tu jugak.. ai touching tau!"


mamat hensem seat depan lari laju2 keluar panggung sambil kesat2 air mata sbb tacing..
yg lain2 rasa bersalah terus senyap tanak gelak2 dah..

ok cukup sedih tak contoh2 di atas?

ok itu umpamanya yg aku rasa mcm takde kaitan pon sebenarnya.. haha..
yg aku nak sampaikan cuma..
365 hari itu sgt sekejap kalau kita gagal memanfaatkannya..
12 bulan lagilah terasa begitu singkat tempohnya..

serius. aku meleleh air mata masa detik 12 dilaungkan di malam tahun baru.

pertama- sebab aku dah semakin dekat dgn kematian.

kedua- sebab aku masih tak mampu memberikan yg terbaik utk kedua ibu bapa aku.

ketiga- sebab aku masih begini.

keempat- sebab aku masih tegar menyakiti hati2 org yg mengasihi aku.

kelima- sebab aku takut dgn kemungkinan2 yg bakal aku hadapi pada masa akan dtg.


dan.. apa pun yang aku fikir dan rasa..
detik tetap berlalu..
aku tahu.. walau bagaimana kecewanya aku terhadap kehidupan yg lalu,
aku perlu sentiasa ingat bahawa aku masih punya masa depan..


SELAMAT TAHUN BARU KALIAN.
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI HIDUP KITA SEMUA.



LOVE. LEESA. :)

Tuesday, November 22, 2011

al-kisAh si peLaMin..

ye aku tau dah lama gile tak menulis kat belog ni..

dah kekurangan masa percuma dan.. kekurangan mood menulis..

tapi takpe.. abaikan segala kekurangan itu..


sebab hari ni aku tgh berada dlm mood sedikit stabil setelah beberapa hari mengalami ketidakstabilan dalaman atas faktor2 yg tidak dapat dibincangkan di sini atau di mana2..


ok terus kepada topik utama hari ni..

maksud aku topik utama belog ini..


sbb kalau topik utama hari ini mestilah ttg kemenangan harimau muda yg berjaya membaham garuda dlm mempertahankan emas sukan sea smlm tu..


oh segulung tahniah dan flying kiss buat wira2 negara terutamanya tentulah buat Apek dan Baddrol...

erk.. tapi saya bukanlah meminati Apek kerana dia bukan rasa saya..


i mean he is not my taste.. hehe


cuma saya giler minat dgn cara dia menangkap bola di atas padang.. itu saja..


serius smlm aku dah cukup terlompat2 mcm beruk-betina-pakai-skirt-pon-kalah~

maka esok aku doakan kalian dapat meneruskan perjuangan menentang Syria di tanah tumpah darahku- Malaysia..


ok.. sekarang mari terus ke topik asal belog ini..


ceritanya bermula apabila rumet tersayang meminta pandangan aku tentang pelamin yg mahu beliau pilih utk perkahwinannya tahun depan..


disebabkan keterujaan yg melampau-lampau, aku dgn rela hati menggoogle utk beliau segala jenis pelamin yg menawan hati..


setelah asyik sibuk 2-3jam menggoogle tanpa henti, tiba2 timbul pulak perasaan teringin berkahwin.. haha


tetapi.. apakah? kahwin?

mcm lama lagi utk ke arah itu.. bkn tak mahu.. tapi tak bersedia..

bertunang pon masih belum tentu dalam masa terdekat ini..


tidak..belum lagi..lambat lagi..


tetapi pelamin2 chantek ini telah sedikit sebanyak mempengaruhi mood aku sepanjang hari..

mula terbayang2 bagaimana indahnya berkahwin di pelaminan yg chantek awww~


ok.. tamau bermimpi terlalu jauh..

mari kita impikan rupa pelamin utk bertunang..

buat bakal2 si gadis yg sudah dipetik sang teruna..

nah mari mencuci mata dgn pelamin2 yg indah dan berseri pilihan hati saya yg masih belum dipinang sesiapa..


sila menangis guling2.


T__T








































ini pilihan pelamin utk bersanding..











dan.. ini baju2 pengantin impian saya utk pakai bersanding.. simple but nice..

tapi entah bila nak bersanding.. haha..
















sekian.



buat Nurulhuda Muktar @ rumet terchenta sepanjang hayat, aku doakan kau bahagia hingga hujung nyawa.. selamat memilih pelamin terchantek di donia.. heee ;p

Thursday, November 3, 2011

speeeeechless~

macam dah sangat lama saya tak blogging..
macam begitu byk benda nk diceritakan..
tapi macam dah tak tahu macam mana nk mulakan..

shit!

im speechless.

ok. byew